Mujahadah

jangan terlalu sayang akan diri untuk "disakiti" di jalan mujahadah

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
jangan manja diri ..... letih sedikit, tidak boleh....
hendaknya ..... hanya banyak rehat.
pahit sedikit sudah mengeluh.....
pedih sekelumit sudah mengaduh.....

kita disini (dunia) untuk berpenat. di sana (akhirat) barulah kita berehat.
di dunia kita menanam. di akhirat nanti kita menuai.
musim bertanam memanglah payah;mencangkul, membaja, menjaga daripada serangga dan bermacam-macam lagi kesusahan....
apabila tiba musim menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.....


ومن يتق الله يجعل له محرج # ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه, إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا #

Saturday, 8 June 2013

!!!أهلا وسهلا يا شعبان
......اللهم صلى على سيدنا محمد
.......لاحولاولاقوة إلا بالله العلي العظيم


Subhanallah...... Dah  masuk ke bulan Sya'ban rupanya..... sekejap je REJAP dah meninggalkan \kita........

Dikesempatan ini...... saya ingin sekali berkongsi tentang keistimewaan2 bulan ini..... sebelum ini saya telah pun menceritakan sedikit in4 tentang bulan Rejab.... kali ini giliran sya'ban pula..... hehe. semoga perkongsian ini memberi manfaat  bersama......

Sepertimana yg kita tahu.... bulan Sya'ban adalah antara Rejab dan Ramadan......

"Bulan  Sya'ban hadir selepas bulan Rejab.... selepas bulan Sya'ban hadirlah pula bulan Ramadan ... Adakah anda tahu bahawa ini adalah bulan2 Allah SWT??? " 

"SYA'BAN ADALAH BULAN YANG MEMECAH BELAHKAN @ BERCERAI BERAI"

anda tahu kenapa dinamakan sedemikian?????

Sebenarnya , hal ini kerana orang2 arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana tempat untuk mencari air, sebahagiannya mengatakan bahawa mereka mencari air di gua2....

Terdapat juga sebahagian yang lain mengatakan sebab diertikan demikian kerana sebagai pemisah iaitu memisahkan antara bulan  Rejab dan Ramadan.

Untuk pengetahuan anda semua.....

Bulan Sya'ban merupakan bulan dimana Nabi SAW berpuasa lebih banyak daripada bulan2 lain. ini merupakan sunnah Nabi SAW sebagaimana yg diriwayatkan oleh para sahabat bahawa baginda akan berpuasa sehingga adakalanya baginda tidak berbuka. ini berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari Muslim dan Abu Daud:

   "baginda berpuasa sehingga kami mengatakan : baginda tidak berbuka ; dan apabila tiba waktu baginda 
    berbuka, kami mengatakan : baginda tidak berpuasa"


Ada sebahagian riwayat mengatakan baginda akan berpuasa penuh dalan bulan Sya'ban. Tetapi ada juga riwayat yang mengatakan baginda tidak berpuasa penuh kecuali bulan Ramadan.

Diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid, bahawa dia bertanya kepada baginda: 

       " wahai Rasulullah , aku tidak melihatmu  berpuasa pada bulan2  yang lain seperti kamu berpuasa pada bulan Sya'ban." baginda menjawab:

       "Itu adalah bulan yang diabaikan oleh kebanyakan oarang, ( kerana bulan ini) terletak antara Rejab dan Ramadan . Dan itu adalah bulan di mana perbuatan2 manusia diangkat oleh Tuhan semesta alam. Dan aku barasa senang bahawa amalku diangkat ketika aku berpuasa."
                                                                                           
                                                                    -Hadis riwayat An-Nasaai-    

Selain itu , nabi SAW juga turut berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Dalam beberapa Hadis, baginda ditanya oleh Zaid Bin Usamah tentang rahsia yg terkandung dalam kedua-dua hari tersebut.

baginda menjawab:

     "itu adalah dua hari yg diajukan padanya amal-amal kepada Tuhan sekalian alam. Dan aku  senang amlaku diajukan ketika aku berpuasa"
                                                                                         
                                                                      -Hadis riwayat Abu Daud-





sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan .... tp setakat ini dahulu.....^_^

mohon beribu kemaafan dan teguran andai ada sebarang kesilapan dlm perkongsian ini.....

jom...... sama2 kita m'imarahkan bulan ALLAH ini dgn meningkatkan lagi amal ibadah  dan kebaikan kpd-Nya..... semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT......

Renung2kan dan selamat beramal....=)


No comments:

Post a Comment