Mujahadah

jangan terlalu sayang akan diri untuk "disakiti" di jalan mujahadah

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
jangan manja diri ..... letih sedikit, tidak boleh....
hendaknya ..... hanya banyak rehat.
pahit sedikit sudah mengeluh.....
pedih sekelumit sudah mengaduh.....

kita disini (dunia) untuk berpenat. di sana (akhirat) barulah kita berehat.
di dunia kita menanam. di akhirat nanti kita menuai.
musim bertanam memanglah payah;mencangkul, membaja, menjaga daripada serangga dan bermacam-macam lagi kesusahan....
apabila tiba musim menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.....


ومن يتق الله يجعل له محرج # ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه, إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا #

Sunday, 23 June 2013

MALAM NISFU SYA'BAN ,MALAM PENUH BERKAT DAN RAHMAT SELEPAS MALAM LAILATUL QADAR

Assalamualaikum..... wbt.walau detik paper exam terakhir hampir tiba.... namun ianya tidak menghalang jari-jemari ini untuk menekan keyboard bagi menyampaikan dan berkongsi ilmu Allah yang pastinya bermanfaat.... insyallah.... 

detik demi detik..... sudah hampir masuk  nisfu sya'ban.... malam yang penuh kemuliaan, berkat dan rahmat bagi kita semua sebagai umat islam.
mungkin ada di kalangan kita yang ingat dan mungkin juga yang hampir lupa akan tanggal 15 sya'ban ....... @ nisfu Sya'ban.....

“NISFU SYA’BAN ADALAH PERISTIWA HARI KE -15 DALAM BULAN SYA’BAN TAHUN HIJRAH. UMAT ISLAM MEMPERCAYAI YANG PADA MALAM NISFU SYA’BAN,  AMALAN AKAN DIBAWA NAIK OLEH MALAIKAT UNTUK DITUKAR DENGAN LEMBARAN AMALAN YANG BARU SETELAHSETAHUN BERLALU. NISFU SYA’BAN BERERTI SETENGAH BULAN SYA’BAN. MALAM NISFU SYA’BAN ADALAH MALAM KE -15 SYA’BAN IAITU SIANGNYA 14 HARI BULAN SYA’BAN. MALAM NISFU SYA’BAN MERUPAKAN MALAM YANG PENUH BERKAT DAN RAHMAT SELEPAS MALAM LAILATUL QADAR.”


Nabi Muhammad menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
                                                                                              
Saidatina Aisyah RHA meriwayatkan bahawa nabi SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi RA :

    “Rasulullah SAW telah bangun pada malam nisfu sya’ban dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW da bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya:


“ya Allah aku pohonkan kemaafaN-Mu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung daripadai-Mu. Tidaklah terhitung pujian keatas –Mu, engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu.”


Baginda Rasulullah SAW sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan Nisfu Sya’ban dengan sabdanya:
    
   “apabila tiba malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (dengan melakukan      ibadat) dan berpuasa pada siangnya. Ini kerana Allah (turun merahmati hamba-hambanya) pada malam tersebut mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:
   
“adakah daripada kalangan hamba-hamba-Ku yang memohon keampunan, maka akan- Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki, maka akan ku turunkan rezki untuknya. Adakah di kalangan mereka yang ditimba bala, maka akan-Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit fajar.”

Rasulullah SAW sangat gemar berpuasa suanat dalam bulan sya’ban berbanding bulan-bulan lain… justeru itu, marilah sama-sama kita mencontohi baginda bagi menyemarakkan dan mengagungkan bulan Sya’ban ini.

Dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa berpuasa 3 hari pada permulaan Sya’ban dan 3 hari pada pertengahan  Sya’ban da 3 hari pada akhir Sya’ban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Subhanallah!!!!  Sungguh Agung kebesaran dan kemuliaan- Mu…..sesungguhnya Kasih Allah pada hambanya tidak mampu dihitung............

Kita juga digalakkan untuk melakukan taubat kepada Allah SWT . diriwayatkan dari Umamah al- Bahili RA , dia berkata, rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

       “manakala masuk bulan Sya’ban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.


Daripada Abu Darda’ RA , bahawa Nabi SAW bersabda:
    
    “pada malam nisfu Sya’ban, Allah memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hambanya, Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal. Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa orang yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim.”

Doa  baginda Rasulullah RAW:

       “ Ya Allah, kurnikanlah kepadaku hati yang bertaqwa, suci bersih , tidak kufur dan tidak celaka.”

Waallahualam……
semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat…. Untuk kita semua…… jangan sia-siakan tawaran Yang ALLAH kurniakan….. sesungguhnya itu lah antara tanda kasih ALLAH kepada  kita sebagai hambanya…… =)

rebutlah CINTA-NYA ….. capailah  REDA-NYA……
agar kita peroleh SYURGA-NYA….


renung2kan dan selamat beramal....... ^ - ^ 

mohon maaf jika ada kesilapan @ kesalahan....
mohon teguran dan nasihat..... sukran....



No comments:

Post a Comment