Mujahadah

jangan terlalu sayang akan diri untuk "disakiti" di jalan mujahadah

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
jangan manja diri ..... letih sedikit, tidak boleh....
hendaknya ..... hanya banyak rehat.
pahit sedikit sudah mengeluh.....
pedih sekelumit sudah mengaduh.....

kita disini (dunia) untuk berpenat. di sana (akhirat) barulah kita berehat.
di dunia kita menanam. di akhirat nanti kita menuai.
musim bertanam memanglah payah;mencangkul, membaja, menjaga daripada serangga dan bermacam-macam lagi kesusahan....
apabila tiba musim menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.....


ومن يتق الله يجعل له محرج # ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه, إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا #

Saturday, 23 February 2013

Hati emas

"Alhamdulillah....

seronok sangat apabila membaca artikel tulisan Pahrol mohamad joui..... setiap tulisan yang disampaikan penuh dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.... baru-baru ini...  saya membaca solusi 51..isu "Mencari Hati Emas Dalam Diri" . masyallah.... kandungannya sangat menyentuh jiwa.... ianya sangat mendorong  untuk sentiasa bermuhasabah diri.... setelah saya meneliti pengisiannya.... timbul pelbagai kesedaran dalam diri..." rasanya perlu saya kongsikan bersama.... walaupun sedikit.....

*Hati itu bersifat bolak balik 
Rasulullah memberi perumpamaan, hati bagaikan kuah yang sedang mendidih dan menggelegak. simpang siurnya begitu licik. naik turun dan berbolak balik.

*Hati manusia

1-Hati muttaqin:
   hati mereka umpama pelitia yang bercahaya, bersih dan memancar sinar kesucian dan kebaikan.

2- Hati orang kafir:
    hati mereka hitam, terbalik serta menabur kegelapan dalam kejahatan.

3-Hati munafik:
   golongan ini bertungkus hijab kepura-puraan, bertopengkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran.

4-Hati orang fasik:
   kedudukan hatinya dalam keadaan melintang, tegak dan tersembam tidak, bahkan sentiasa di atas pagar    antara kebenaran dan kebatilan...


"kita? kita?"

subhanallah... sungguh tinggi nilai hati.....
Hati adalah elemen yang paling kuat dalam diri manusia...
Ia berfungsi sebagai pemerintah seluruh anggota...
terdapat padanya kamahuan dan dorongan.....

astagfirullahalazim....
kadang-kadang diri ini sangat takut andai hati dikuasai oleh nafsu dan dunia.... nauzubillah...

Rasulullah juga telah menegaskan dalam hadisnya:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa lahir kamu, tapi Allah melihat hati dan amalan kamu."

jadi.... sebab tu la kita mesti berusaha mendapatkan hati emas..... iaitu قلب سليم atau hati yang sejahtera....







No comments:

Post a Comment