Mujahadah

jangan terlalu sayang akan diri untuk "disakiti" di jalan mujahadah

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
jangan manja diri ..... letih sedikit, tidak boleh....
hendaknya ..... hanya banyak rehat.
pahit sedikit sudah mengeluh.....
pedih sekelumit sudah mengaduh.....

kita disini (dunia) untuk berpenat. di sana (akhirat) barulah kita berehat.
di dunia kita menanam. di akhirat nanti kita menuai.
musim bertanam memanglah payah;mencangkul, membaja, menjaga daripada serangga dan bermacam-macam lagi kesusahan....
apabila tiba musim menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.....


ومن يتق الله يجعل له محرج # ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه, إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا #

Sunday, 24 February 2013

Saat diri diuji..... 
tiada siapa tahu.... sakit atau peritnya setiap sesuatu yang kita hadapi....
melainkan hanya Sang Pencipta.....

kadang2 bila diri diuji....
pasti ada sikit keluhan....,rungutan....

sedangkan...... setiap mehnah itu....
ada hikmahnya...
sebenarnya....
itulah cara Yang Maha Esa....
memberi kebaikan kepada hambanya...
kadang2 kita tak sedar
subhanallah ..... betapa sayangnya ALLAH kepada kita....
sesungguhnya hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui 
setiap yang terbaik untuk hambanya......

sepertimana Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka dia diuji dengan sesuatu musibah (kesukaran)"
~riwayat al-Bukhari~







Assalamualaikum.... annyeonghaseyo....

ha... Sambil duduk2 tuuu...... jom kita sama-sama  muhasabah diri sekejap....
baru2 ni, saya baca majalah ilmiah.... terselit satu hadis .... saya yakin semua pernah dengar hadis ni... wlupun hadis ni dah familiar,,, kadang2 diri sendiri lupa.. ....so... let's audit ourselves.... kat mana level kita sekarang...?

rasulullah saw bersabda:
" tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba ke syurga atau neraka pada hari akhirat nanti sehinggalah dia di tanya tentang:

*UMURNYA~ ke mana di habiskan????
*ILMUNYA~ apakah yang diamalkan????
*HARTANYA~ bagaimana cara memperoleh & membelanjakannya????
*KESIHATAN TUBUH BADANNYA~ apakah yang dilakukan dalam kehidupan????

KITA?? KITA??

Semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmatnya....

Saturday, 23 February 2013

Hati emas

"Alhamdulillah....

seronok sangat apabila membaca artikel tulisan Pahrol mohamad joui..... setiap tulisan yang disampaikan penuh dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.... baru-baru ini...  saya membaca solusi 51..isu "Mencari Hati Emas Dalam Diri" . masyallah.... kandungannya sangat menyentuh jiwa.... ianya sangat mendorong  untuk sentiasa bermuhasabah diri.... setelah saya meneliti pengisiannya.... timbul pelbagai kesedaran dalam diri..." rasanya perlu saya kongsikan bersama.... walaupun sedikit.....

*Hati itu bersifat bolak balik 
Rasulullah memberi perumpamaan, hati bagaikan kuah yang sedang mendidih dan menggelegak. simpang siurnya begitu licik. naik turun dan berbolak balik.

*Hati manusia

1-Hati muttaqin:
   hati mereka umpama pelitia yang bercahaya, bersih dan memancar sinar kesucian dan kebaikan.

2- Hati orang kafir:
    hati mereka hitam, terbalik serta menabur kegelapan dalam kejahatan.

3-Hati munafik:
   golongan ini bertungkus hijab kepura-puraan, bertopengkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran.

4-Hati orang fasik:
   kedudukan hatinya dalam keadaan melintang, tegak dan tersembam tidak, bahkan sentiasa di atas pagar    antara kebenaran dan kebatilan...


"kita? kita?"

subhanallah... sungguh tinggi nilai hati.....
Hati adalah elemen yang paling kuat dalam diri manusia...
Ia berfungsi sebagai pemerintah seluruh anggota...
terdapat padanya kamahuan dan dorongan.....

astagfirullahalazim....
kadang-kadang diri ini sangat takut andai hati dikuasai oleh nafsu dan dunia.... nauzubillah...

Rasulullah juga telah menegaskan dalam hadisnya:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa lahir kamu, tapi Allah melihat hati dan amalan kamu."

jadi.... sebab tu la kita mesti berusaha mendapatkan hati emas..... iaitu قلب سليم atau hati yang sejahtera....







Friday, 22 February 2013

TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA



*~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..
*~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki l
ain..
*~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..
*~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...
*~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..
*~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..
*~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..
*~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

p/s : Wahai wanita Islam sekalian, silalah ambil IKTIBAR DAN PENGAJARAN..