Mujahadah

jangan terlalu sayang akan diri untuk "disakiti" di jalan mujahadah

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
jangan manja diri ..... letih sedikit, tidak boleh....
hendaknya ..... hanya banyak rehat.
pahit sedikit sudah mengeluh.....
pedih sekelumit sudah mengaduh.....

kita disini (dunia) untuk berpenat. di sana (akhirat) barulah kita berehat.
di dunia kita menanam. di akhirat nanti kita menuai.
musim bertanam memanglah payah;mencangkul, membaja, menjaga daripada serangga dan bermacam-macam lagi kesusahan....
apabila tiba musim menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.....


ومن يتق الله يجعل له محرج # ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه, إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا #

Sunday, 26 January 2014

اللهم صلى على سيدنا محمد

sebuah perkongsian dari sahabat saya....
renung2kan...


Bismillahi Rahmani Rahim,
Selawat dan salam kita panjatkan kepada Nabi Junjungan Muhammad beserta ahli keluarganya, para sahabat baginda dan umat Islam seluruhnya.

Islam menurut kaca mata muslim tertegak atas 5 perkara seperti yang terkandung dalam Hadis 3 Imam Nawawi : بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدًا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Namun begitu Dr Abdul Kareem Zaidan mengkelaskan Islam atas 3 asas :
1) Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan ALLAh
2) Penyaksian bahawasanya Muhammad itu PESURUH ALLAH
3) Perlaksanaan Ibadah (merangkumi solat, puasa, zakat dan haji )

Tapi bagaimana pula Islam dari sudut pandang bukan muslim? mungkinkah sama atau berbeza? saya yakin tafsiran mereka berbeza kerana apa? kerana mereka tidak membaca kitab kita, kerana tafsiran kitab mereka telah dicacamerbakan oleh paderi mereka, maka yang tinggal hanya tubuh muslim itu sahaja, kita ditinjau melalui pergerakan, pergaulan, percakapan, pandangan dan perhiasan yang terpamer.

Maka, seandainya mereka menyatakan muslimah menutup kepala kerana trend, mengapa? Islam menindas hak wanita, tidak membenarkan mereka bersosial, mengapa? Muslim itu kejam kerana memperduakan isterinya kerana nafsu semata, mengapa?

Rumah tertegak kerana tiangnya yang kukuh, begitu juga Islam ada 5 tiang utama yang perlu diperkemas dan diperkukuh oleh individu muslim agar Islam menjadi yang tertinggi kerana إن الدين عند الله الإسلام .

* Islam itu pasti menang, adakah kita penonton sahaja?atau ingin menjadi penyumbang kemenangan?atau menjadi penghalang?~na3ozobillah~ tepuk dada tanya IMAN


~munirah mohammed~

Sunday, 23 June 2013

MALAM NISFU SYA'BAN ,MALAM PENUH BERKAT DAN RAHMAT SELEPAS MALAM LAILATUL QADAR

Assalamualaikum..... wbt.walau detik paper exam terakhir hampir tiba.... namun ianya tidak menghalang jari-jemari ini untuk menekan keyboard bagi menyampaikan dan berkongsi ilmu Allah yang pastinya bermanfaat.... insyallah.... 

detik demi detik..... sudah hampir masuk  nisfu sya'ban.... malam yang penuh kemuliaan, berkat dan rahmat bagi kita semua sebagai umat islam.
mungkin ada di kalangan kita yang ingat dan mungkin juga yang hampir lupa akan tanggal 15 sya'ban ....... @ nisfu Sya'ban.....

“NISFU SYA’BAN ADALAH PERISTIWA HARI KE -15 DALAM BULAN SYA’BAN TAHUN HIJRAH. UMAT ISLAM MEMPERCAYAI YANG PADA MALAM NISFU SYA’BAN,  AMALAN AKAN DIBAWA NAIK OLEH MALAIKAT UNTUK DITUKAR DENGAN LEMBARAN AMALAN YANG BARU SETELAHSETAHUN BERLALU. NISFU SYA’BAN BERERTI SETENGAH BULAN SYA’BAN. MALAM NISFU SYA’BAN ADALAH MALAM KE -15 SYA’BAN IAITU SIANGNYA 14 HARI BULAN SYA’BAN. MALAM NISFU SYA’BAN MERUPAKAN MALAM YANG PENUH BERKAT DAN RAHMAT SELEPAS MALAM LAILATUL QADAR.”


Nabi Muhammad menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
                                                                                              
Saidatina Aisyah RHA meriwayatkan bahawa nabi SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi RA :

    “Rasulullah SAW telah bangun pada malam nisfu sya’ban dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW da bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya:


“ya Allah aku pohonkan kemaafaN-Mu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung daripadai-Mu. Tidaklah terhitung pujian keatas –Mu, engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu.”


Baginda Rasulullah SAW sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan Nisfu Sya’ban dengan sabdanya:
    
   “apabila tiba malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (dengan melakukan      ibadat) dan berpuasa pada siangnya. Ini kerana Allah (turun merahmati hamba-hambanya) pada malam tersebut mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:
   
“adakah daripada kalangan hamba-hamba-Ku yang memohon keampunan, maka akan- Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki, maka akan ku turunkan rezki untuknya. Adakah di kalangan mereka yang ditimba bala, maka akan-Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit fajar.”

Rasulullah SAW sangat gemar berpuasa suanat dalam bulan sya’ban berbanding bulan-bulan lain… justeru itu, marilah sama-sama kita mencontohi baginda bagi menyemarakkan dan mengagungkan bulan Sya’ban ini.

Dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa berpuasa 3 hari pada permulaan Sya’ban dan 3 hari pada pertengahan  Sya’ban da 3 hari pada akhir Sya’ban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Subhanallah!!!!  Sungguh Agung kebesaran dan kemuliaan- Mu…..sesungguhnya Kasih Allah pada hambanya tidak mampu dihitung............

Kita juga digalakkan untuk melakukan taubat kepada Allah SWT . diriwayatkan dari Umamah al- Bahili RA , dia berkata, rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

       “manakala masuk bulan Sya’ban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.


Daripada Abu Darda’ RA , bahawa Nabi SAW bersabda:
    
    “pada malam nisfu Sya’ban, Allah memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hambanya, Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal. Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa orang yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim.”

Doa  baginda Rasulullah RAW:

       “ Ya Allah, kurnikanlah kepadaku hati yang bertaqwa, suci bersih , tidak kufur dan tidak celaka.”

Waallahualam……
semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat…. Untuk kita semua…… jangan sia-siakan tawaran Yang ALLAH kurniakan….. sesungguhnya itu lah antara tanda kasih ALLAH kepada  kita sebagai hambanya…… =)

rebutlah CINTA-NYA ….. capailah  REDA-NYA……
agar kita peroleh SYURGA-NYA….


renung2kan dan selamat beramal....... ^ - ^ 

mohon maaf jika ada kesilapan @ kesalahan....
mohon teguran dan nasihat..... sukran....



Sunday, 9 June 2013


........اهلا وسهلا يا شعبان



Assalamualaikum.....
alhamdulillah.... masih ada kesempatan  lagi utk saya berkongsi ilmu...... wlupun saat ini sudah hampir dengan ambang peperiksaan...... namun ianya tidak menghalang kita untuk menyampaikan kebaikan...... dan saling ingat -mengingati......

sambungan post yg lalu.... masih mengenai bulan Sya'ban..... hehe....


TINGKATKAN PRESTASI IBADAH.......

" Nabi SAW mengajar kepada kita dan mengawasi kita dengan cara yg telah disampaikan melalui hadisnya. Oleh itu mengapa setiap kali masa berlalu, masih ada sifat2 (penyakit2 hati) ini dalam hati? kita seolah-olah membiarkannya ' bekerja aktif ' di dalam hati kita sehingga kita tidak sedar bahawa penyakit ini semakin hari semakin menghakis hati kita "


"Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara2 kami yg telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang yg beriman; Ya Rabb kami, sesungguhnya engkau Maha Penyantun Lagi Maha Penyayang"
                                                                                 
                                                                                - Surah al-Hasyr: 10-


Membersihkan hati drp dendam, kebencian, dan hasad dengki itu merupakan  perkara asas dalam islam, kerana islam menegakkan kehidupan manusia di atas 2 perkara hablu minallah  dan hablu minannas..... bagaimana???? iaitu dengan jalinan cinta dan kasih sayang.

     
       " Tidak beriman salah seorang daripada kalian sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"
                                                            - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim-
                                             

jika kita tidak mampu menegakkannya denagn dasar tersebut dan  prinsip ini, maka sekurang-kurangnya berdiri tegak di atas prinsip kebersihan hati daripada hasad dengki, dendam kesumat niat jahat, iri hati, cemburu buta, dan kebencian. ini merupakan penyakit umat2 terdahulu...... sebagainmana dikemukakan dalam hadis:

           "Menular kepada kalian penyakit umat2 sebelum kalian: iri hati, hasad dengki,  dan kebencian , itulah penghakis. aku tidak mangatakan ianya akan menghakis rambut, tetapi akan menghakis agama"

                                                               -hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi-


Rasulullah SAW menjelaskan bahawa Sya'ban mengandungi keutamaan dan kebaikan yg byk, dengan nilai berganda bagi mereka yg melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya pada sahabat, maksudnya:

       " Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Sya'ban? " Mereka menjawab : " Allah dan Rasulnya lebih mengetahui. " Baginda menjawab : " kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan ."

sebenarnya,,, dengan keutamaan yg ad pada bulan Sya'ban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain...

oleh itu ..... mari lah sama2 kita contohi jejak langkah amalan Rasulullah ..... dgn meningkatkan lagi prestasi amal kebaikan dan ibadah kita ...... =)

mohon beribu kemaafan dan teguran sekiranya terdapat kesilapan dalam perkongsian ini.......

renung2kan dan selamat beramal...... ^_^




Saturday, 8 June 2013

!!!أهلا وسهلا يا شعبان
......اللهم صلى على سيدنا محمد
.......لاحولاولاقوة إلا بالله العلي العظيم


Subhanallah...... Dah  masuk ke bulan Sya'ban rupanya..... sekejap je REJAP dah meninggalkan \kita........

Dikesempatan ini...... saya ingin sekali berkongsi tentang keistimewaan2 bulan ini..... sebelum ini saya telah pun menceritakan sedikit in4 tentang bulan Rejab.... kali ini giliran sya'ban pula..... hehe. semoga perkongsian ini memberi manfaat  bersama......

Sepertimana yg kita tahu.... bulan Sya'ban adalah antara Rejab dan Ramadan......

"Bulan  Sya'ban hadir selepas bulan Rejab.... selepas bulan Sya'ban hadirlah pula bulan Ramadan ... Adakah anda tahu bahawa ini adalah bulan2 Allah SWT??? " 

"SYA'BAN ADALAH BULAN YANG MEMECAH BELAHKAN @ BERCERAI BERAI"

anda tahu kenapa dinamakan sedemikian?????

Sebenarnya , hal ini kerana orang2 arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana tempat untuk mencari air, sebahagiannya mengatakan bahawa mereka mencari air di gua2....

Terdapat juga sebahagian yang lain mengatakan sebab diertikan demikian kerana sebagai pemisah iaitu memisahkan antara bulan  Rejab dan Ramadan.

Untuk pengetahuan anda semua.....

Bulan Sya'ban merupakan bulan dimana Nabi SAW berpuasa lebih banyak daripada bulan2 lain. ini merupakan sunnah Nabi SAW sebagaimana yg diriwayatkan oleh para sahabat bahawa baginda akan berpuasa sehingga adakalanya baginda tidak berbuka. ini berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari Muslim dan Abu Daud:

   "baginda berpuasa sehingga kami mengatakan : baginda tidak berbuka ; dan apabila tiba waktu baginda 
    berbuka, kami mengatakan : baginda tidak berpuasa"


Ada sebahagian riwayat mengatakan baginda akan berpuasa penuh dalan bulan Sya'ban. Tetapi ada juga riwayat yang mengatakan baginda tidak berpuasa penuh kecuali bulan Ramadan.

Diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid, bahawa dia bertanya kepada baginda: 

       " wahai Rasulullah , aku tidak melihatmu  berpuasa pada bulan2  yang lain seperti kamu berpuasa pada bulan Sya'ban." baginda menjawab:

       "Itu adalah bulan yang diabaikan oleh kebanyakan oarang, ( kerana bulan ini) terletak antara Rejab dan Ramadan . Dan itu adalah bulan di mana perbuatan2 manusia diangkat oleh Tuhan semesta alam. Dan aku barasa senang bahawa amalku diangkat ketika aku berpuasa."
                                                                                           
                                                                    -Hadis riwayat An-Nasaai-    

Selain itu , nabi SAW juga turut berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Dalam beberapa Hadis, baginda ditanya oleh Zaid Bin Usamah tentang rahsia yg terkandung dalam kedua-dua hari tersebut.

baginda menjawab:

     "itu adalah dua hari yg diajukan padanya amal-amal kepada Tuhan sekalian alam. Dan aku  senang amlaku diajukan ketika aku berpuasa"
                                                                                         
                                                                      -Hadis riwayat Abu Daud-





sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan .... tp setakat ini dahulu.....^_^

mohon beribu kemaafan dan teguran andai ada sebarang kesilapan dlm perkongsian ini.....

jom...... sama2 kita m'imarahkan bulan ALLAH ini dgn meningkatkan lagi amal ibadah  dan kebaikan kpd-Nya..... semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT......

Renung2kan dan selamat beramal....=)


Thursday, 6 June 2013

BULAN KEBESARAN DAN KEMULIAAN

tup tap tup tap......
dah 27 rejap.....
subhanALLAH.... cepat sungguh masa berlalu......

 salam ISRA' DAN MI'RAJ  bg seluruh umat islam......

Alhamdulillah.... sehingga hari ini kita masih boleh bernafas menghirup udara segar..... masih diberi nikmat untuk melihat kebesaran-Nya..... masih diberi peluang untuk meningkatkan amalan kebaikan..... nikmat kesihatan dan sbgnya...... janganlah kita lupe untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi.......

disebabkan sekarang  kita semua masih  dalam bulan rejab..... jadi,
masih belum terlambat.... saya ingin berkongsi tentang sejarah  bulan REJAB dan kelebihannya??......... sungguh istimewa bulan ini dihati saya......

BULAN REJAB,,,,,  bulan kebesaran dan kemuliaan.

Bulan rejab juga merupakan salah satu daripada 4 bulan haram yang diagungkan dalam al-quran oleh Allah SWT. Biasanya, pada minggu terakhir di bulan rejab, kaum muslimin pasti mengingati sebuah peristiwa agung  
yang dialami Nabi SAW. peristiwa  ini disambut pada 27 ari bulan rejab setiap tahun..... iaitu isra' dan mi'raj....

Alim ulamak berselisih pendapat mengenai bulan-bulan yang disenaraikan sbg bulan2 haram. mengapa dinamakan bulan2 haram???

maka dikatakan bahawa ianya disebabkan kebesaran dan kehormatannya sbgmana besarnya dosa yg dinilai jika ia dilakukan didlm bulan2 tersebut.....

bulan2 haram tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, dan Rejab... ianya disebut haram kerana bulan2 ini diagungkan dan dihormati, maka.... jika melakukan perbuatan2 yang baik serta taat pada-Nya, maka pahala yang diperoleh akan berlipat ganda. Sepanjang bulan ini,,,,, umat islam diharamkan berperang. terdapat riwayat yang mengatakan sunat berpuasa di bulan2 tersebut khususnya bulan muharam.

sebenarnya hal ini banyak dibahaskan oleh para ulama. walaubagaimanapun hal ini tidak dicatat oleh para sahabat dan tabiin secara lengkap kerana mereka hanya akan mendahulukan hal2 yg boleh membawa kepada kebaikan umat sejagat seperti halal dan haram, perkara2 wajib yg memerlukan tindakan susulan dan sebagainya....

sesungguhnya,,, Allah SWT menegaskan supaya menghormati bulan2 haram tersebut dan meninggalkan segala perbuatan maksiat. ini adalah disebabkan maksiat  yang dilakukan dalam bulan2 tersebut akan mendatangkan dosa yang besar. kezaliman yg dilakukan didalamnya adalah kezaliamn yang besar.


Ketahuilah......

" isra' benar-benar terjadi dengan bersandarkan kepada nas (penyataan tegas) dalam al- Quran. Oleh yang demikian, nama isra' telah diabadikan  sebagai salah satu nama surah yang terdapat dalam al-quran.... telah jelaslah dalam al-Quran, sesiapa yg mendusta dan tidak mempercayai Isra' maka hukumnya kafir berdasarkan ijmak yg menyokong penuh nas al-Quran yg qath'i serta ma'lum bi al-dharurah (diketahui dr kehidupan Nabi SAW secara pasti. Berbeza dengan peristiwa Mi'raj AL-quran tidak menyebutnya kecuali dalam bentuk isyarat"

" ISRA' ialah perjalanan di bumi antara Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Aqsa di Palestin.

manakala

MI'RAJ ialah perjalanan yang bermula dibumi ke langit yang tinggi,, sehingga ke tingkat yg tidak diketahui kecuali Allah SWT......."



Setakat itulah perkongsian saya.....
renung2kan dan selamat beramal... hehe

SALAM ISRA' DAN MI'RAJ.....

hamba Allah yg lemah.....

"عبدالله ضعيفة"






Saturday, 20 April 2013





BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM....

Alhamdulillah..... berkesempatan juga mlm ni nk update blog.....
urmmm.... today i got many good experience n knowlegde after attended "bengkel Ps khat digital"...  it is very fun.....  actually... i'm very love seni calligraphy.... since primary school... it's unique....


let's see my first trial.... hee.....







Friday, 8 March 2013

ibu......





BERKAT DOA IBU

JURAIJ ADALAH SEORANG HAMBA YANG TAAT BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT. WALAUPUN IBUNYA MASIH HIDUP, BELIAU LEBIH BANYAK MENGHABISKAN MASA DI SEBUAH PONDOK YANG DIDIRIKAN BAGI MELAKUKAN PELBAGAI AMALAN YANG MENDEKATKANNYA KEPADA TUHANNYA.

    Suatu hari, ibu juarij datang ke pondok beliau untuk berjumpa dengannya sedangkan beliau sedang mengerjakan solat sunat. Lalu ibunya memanggil namanya”Wahai juraij!” . juraij mendengar panggilan ibunya namun beliau berasa serba salah, “ ibuku atau solatku”? katanya di dalam hati.
    Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya dan tidak menyahut panggilan ibunya. Tetapi, ibunya terus memanggil juraij. Sama seperti sebelumnya, setiap kali mendengar panggilan si ibu, juraij berasa serba salah namun tetap meneruskan solat. Setelah panggilan ketiga tidak dijawab, ibu juraij berkata, “ semoga Allah swt tidak mematikanmu sehingga kamu dapat melihat wajah pelacur,” kemudian ibunya berlalu pulang ke rumah.
    Pada masa tersebut, terdapat seorang wanita yang telah berzina dengan seorang penggembala yang tinggal berhanpiran dengan pondok juraij dan melahirkan seorang anak. Wanita tersebut di bawa berhadapan raja lalu ditanya, “anak siapa ini?” dia menjawab, “ anak juraij”.
    Raja bertanya lagi, “ pemilik pondok itu?” Dia menjawab “ya”. Mendengar jawapannya, raja terus memerintahkan agar pondok juraij dirobohkan dan beliau diikat serta dibawa menghadapnya. Dalam perjalanan, beliau telah melalui sekumpulan manusia dan melihat para pelacur dikalangan mereka turut berada bersama.
     Sampai di hadapan raja, beliau ditanya tentang pertuduhan yang dilakukan oleh wanita itu. Dengan penuh ketenangan, beliau meminta agar dibawakan si anak kepadanya lalu dia ditanya “ sipakah ayahmu?” Denagn kekuasaan Allah swt, bayi tersebut menjawab, “ si pengembala lembu.”
Raja dan orang ramai berasa terkejut dengan apa yang berlaku lalu menyesali terhadap tuduhan palsu yang dilakukan ke atas juraij. Untuk menebus kesalahan, raja bertanya kepada juraij, “ adakah kami perlu membina  semula pondokmu daripada emas?” Jawab juraij, “tidak”.
         “Daripada perak?”
          “Tidak,”
“Maka bagaimana kami perlu membinanya?” Beliau menjawab, “ kembalikan semula seperti keadaan asal.”
    Tetapi mereka melihatnya tiba-tiba tersenyum lalu si raja bertanya, “apayang engkau senyumkan?” Beliau berkata, “ kerana satu perkara yang aku sedari, doa ibuku telah menimpa diriku.” Lalu beliau menceritakan kisah tersebut kepada mereka.   



*sama2 lah kita ambil pengajaran drp kisah ni....

~hamba yg lemah~